Slider

'Hek elehh! Bergaduh pasal isu percintaan rupanya' - Polis dedah punca pergaduhan sekumpulan lelaki di Hospital Ipoh


Susulan tular video kekecohan di perkarangan Hospital Ipoh yang membabitkan sekumpulan lelaki, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak telah mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian itu. 


Baca: (Video) 'Deyy! Mau lawan mari!' - Viral video sekumpulan lelaki cetuskan pergaduhan di hadapan Hospital Ipoh 


Ketua Polis Perak, Dato' Pahlawan Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan kejadian itu berlaku pada jam 12.20 pagi Sabtu 19 Februari 2022 yang melibatkan sekumpulan lelaki warta tempatan. 


Siasatan mendapati, sebelum kejadian di hospital, berlaku pergaduhan menggunakan senjata tajam yang menyebabkan tiga individu mengalami kecederaan. Punca kejadian dipercayai perselisihan faham di antara dua keluarga mengenai isu percintaan. 


Ketika ingin menghantar mangsa-mangsa yang cedera ke hospital, berlaku perselisihan faham kumpulan terbabit dengan pengawal keselamatan hospital. 


Polis yang menerima maklumat mengenai kejadian itu bergegas ke lokasi untuk mengawal keadaan. 


"Dalam isu ini, PDRM Daerah Ipoh telah menerima dua laporan polis mengenai dua kejadian yang berasingan tetapi berkaitan. 


"Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah. 


"Polis kini sedang memburu suspek-suspek yang terlibat dalam dua kejadian tersebut. Orang awam dinasihatkan tidak membuat spekulasi yangg boleh menjejaskan siasatan," katanya. 


Sumber: IPK Perak

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo