Slider

Ibu hamil maut, rambut tersangkut pada mesin kilang sehingga kulit kepala tercabut


Seorang wanita hamil berusia 21 tahun, Umida Nazarova, maut dalam kemalangan ngeri di mana sebahagian dari kulit kepalanya tercabut apabila rambutnya tersangkut pada mesin ketika temuduga kerja di sebuah kilang di Belarus. 


Difahamkan, Umida yangg hamil tujuh minggu memohon pekerjaan di kilang Svarmet di Borisov, yang menghasilkan wayar kimpalan dan elektrod. 


Menurut ibu mangsa, Olga berkata, semasa Umida dibawa melawat fasiliti kilang, rambutnya tersangkut pada salah satu mesin perindustrian yang menyebab lehernya terlilit dan ditarik ke dalam mesin tersebut. Malah kulit kepalanya turut tercabut. 


Walaupun rambutnya telah dikeluarkan mesin tersebut, Umida tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami. 


"Dua nyawa hilang sekelip mata, dia hamil tujuh minggu. Mereka (pihak kilang) nampak dia berambut panjang, kenapa mereka tidak memberinya sesuatu untuk menutup rambutnya?" kata bapanya, Dmitry. 


Jawatankuasa Penyiasatan Belarus berkata, sebelum kejadian itu berlaku seorang pekerja kilang yang menunjukkan kepada Umida bagaimana mesin itu berfungsi, berhenti seketika untuk membuat rekod daftar. 


Apabila dia menoleh, dia mendapati mangsa sudah terbaring di atas lantai dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan rambutnya tersangkut pada mesin. 


Seorang pegawai kilang yang bertanggungjawab telah dijatuhkan hukuman kerana gagal melaksanakan tugasnya, tidak jujur dan cuai sehingga menyebabkan kematian mangsa. Kilang berkenaan telah menanggung kos pengebumian mangsa. 


Olga berkata, mereka sekeluarga merancang untuk meraikan perkahwinan Umida dan menyambut kelahiran cucu mereka itu kelak di hospital, tetapi kejadian itu telah merosakkan segala-galanya. 


Sumber: News Australia

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo