Slider

'Kita percaya ada lagi pelajar lain jadi mangsa' - Guru Tahfiz ditahan kerana liwat beberapa pelajar berusia antara 12 hingga 14 tahun


Polis menahan reman seorang guru agama di Kemaman selama tujuh hari untuk membantu siasatan berhubung kes liwat yang membabitkan beberapa penghuni di sebuah pusat tahfiz, minggu lalu. 


Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramnlan berkata, suspek berusia 23 tahun ditahan kerana disyaki meliwat penghuni pusat tahfiz yang berusia antara 12 hingga 14 tahun. 


Suspek ditahan di Pekan, Pahang pada jam 11 malam Isnin dan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kemaman hari ini untuk mendapat perintah tahanan reman. 


Suspek yang telah diberhentikan tugas oleh pengurusan pusat tahfiz berkenaan, direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut. 


"Kita turut menyiasat latar belakang suspek. Kita percaya ada lagi pelajar lain yang turut menjadi mangsa dan kita meminta mangsa lain tampil membuat laporan," katanya. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo