Slider

Lelaki Indonesia masukkan tali nilon ke dalam alat sulit untuk capai kepuasan diri


Seorang lelaki Indonesia berusia 37 tahun yang tinggal bersama ibunya, nekad memasukkan tali nilon sepanjang dua meter ke dalam alat sulitnya untuk mendapat kepuasan ketika beronani. Tetapi aktiviti tidak bermoralnya itu mengundang padah apabila dia gagal mengeluarkan tali tersebut.


Pesakit yang tidak didedahkan identitinya itu, pergi ke hospital di Surabaya dan memberitahu petugas perubatan yang dia mengalami sakit perut yang luar biasa, sukar membuang air kecil dan kencing berdarah. 


Dia mengakui yang dia telah memasukkan tali nilon ke dalam lubang kemaluannya ketika melakukan onani sambil menonton filem lucah. 


Bagaimana katanya, itu kali pertama dia memasukkan objek ke dalam kemaluannya walaupun dia kerap menonton video lucah sambil beronani. 


Doktor kemudian mengeluarkan tali tersebut menggunakan alatan seperti forsep. Pesakit itu ditahan di hospital selama dua hari untuk dipantau dan pulih sepenuhnya. 


Menurut laporan pasukan perubatan yang merawatnya, kes seperti ini adalah jarang berlaku tetapi semakin meningkat sejak beberapa dekad ini. Kebiasaannya orang memasukkan objek seperti klip rambut, straw, batang mancis dan pensil ke dalam urethra untuk mendapatkan kepuasan seks atau masalah psikiatri atau penyalahgunaan dadah. 


Bagi mereka yang kerap melakukan amalan itu dan lambat mendapatkan bantuan perubatan serta memberi maklumat yang tidak benar kepada doktor kerana malu, meningkatkan lagi risiko mendapat komplikasi seperti jangkitan, pembentukan batu dan sepsis. 


Amalan tidak berfaedah itu juga boleh merosakkan tisu dalam urethra yang mana saluran itu berfungsi mengeluarkan air kencing dan sperma. Selain itu juga, ia boleh menjejaskan kawalan pembuang air kecil dan jangkitan. 


Sumber: Daily Mail

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo