Slider

Masyarakat Cina paling ramai ambil dos penggalak berbanding bangsa lain - Menteri Kesihatan


Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin hari ini memaklumkan bahawa, pemberian dos penggalak atau booster vaksin Covid-19 harian di negara ini mula menunjukkan peningkatan berbanding sebelum ini. 


Menurut Khairy, masyarakat Cina mencatatkan peratusan tertinggi menerima dos tersebut berbanding bangsa lain.


"Sebanyak 80 peratus masyarakat Cina di negara ini sudah menerima dos penggalak. Namun perlu komunikasi yang lebih mantap di Facebook kerana masyarakat Melayu (yang menerima dos penggalak) bawah 50 peratus.


"Sarawak terbaik (dalam penerimaan dos penggalak," tulisnya di Twitter. 



Dalam pada itu, Khairy juga memaklumkan tumpuan perlu diberikan kepada kawasan liputan dos penggalak yang masih rendah terutamanya Johor yang bakal mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Mac ini. 


Secara keseluruhan, Johor setakat ini mencapai 57 peratus dalam pemberian dos penggalak. Hanya empat daerah yang menerima dos penggalak melebihi 50 peratus iaitu Muar 71 peratus, Johor Bahru 67 peratus, Kulai 56 peratus dan Batu Pahat 52 peratus. 


Sementara itu di Lembah Klang secara keseluruhan mencapai 67 peratus. Daerah tertinggi yang sudah menerima dos penggalak ialah Petaling 79 peratus, Kuala Lumpur 75 peratus, Putrajaya 70 peratus, Hulu Langat 61 peratus, Gombak dan Klang 59 peratus serta Sepang dan Kuala Langat 54 peratus. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo