Slider

'Mohammad Hazuarie, sila serah diri' - Polis cari suspek untuk bantu siasatan kes bayi maut ditikam ibu (mangsa rogol)


Susulan kes remaja tikam bayinya yang baru lahir sehingga mati pada Selasa lalu, polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki berusia 20 tahun yang dipercayai telah merogol mangsa. 


Baca: Bayi lelaki yang baru dilahirkan, mati ditikam ibu kandung


Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, suspek yang dikenali sebagai Mohammad Hazuarie Hassan sebelum ini telah diminta untuk menyerah diri untuk membantu siasatan, tetapi sehingga ke hari ini lelaki itu masih belum tampil berbuat demikian. 


"Kita minta individu ini tampil menyerah diri bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Kita juga mengalu-alukan bantuan orang ramai menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya mengetahui di mana lelaki itu berada," katanya. 


Terdahulu, pihak polis cuba mengesan suspek termasuk pergi ke kediamannya yang terletak di Bandar Seri Bandi. Tetapi suspek tiada di situ dan dipercayai telah melarikan diri ke bahagian utara Terengganu. 


Orang ramai yang mempunyai maklumatt diminta tampil menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Afif Mohd Amin di talian 012-6380342 atau menghubungi balai polis berhampiran. 


Sumber: Berita Harian

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo