Slider

'Motor Yamaha Y15ZR bukan milik remaja maut, disyaki dipinjam dari rakan' - Polis siasat kemungkinan remaja berlumba sebelum rempuh wanita sarat mengandung sehingga maut di Pasir Mas


Susulan kemalangan yang mengorbankan seorang wanita yang sarat mengandung di Pasir Mas, Kelantan, polis kini sedang menyiasat sama ada remaja yang merempuh mangsa itu terbabit dalam aktiviti lumba motosikal dengan kumpulannya pada hari kejadian. 


Baca: 'Isteri meninggal di depan mata saya' - Wanita sarat mengandung maut dalam kemalangan, bayi terkeluar dari kandungan


Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, dua rakan kepada remaja terbabit juga telah diminta tampil untuk membantu siasatan. 


"Mangsa (remaja) masih belajar dan akan menduduki SPM dan kita minta mana-mana saksi tampil untuk bantu siasatan terutama dua rakannya. 


"Ketika kejadian, tiga remaja berkenaan menunggang motosikal secara berasingan yang dipercayai ditunggang dengan laju sebelum salah salah seorang daripada mereka hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan serta merempuh motosikal wanita terbabit. 


"Rempuhan kuat itu menyebabkan wanita terbabit melambung ke dalam bendang sebelum jatuh tertiarap, menyebabkan bayi yang dikandungnya terkeluar melalui saluran peranakan. 


"Motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang remaja yang maut itu bukan miliknya atau keluarga, sebaliknya disyaki dipinjam daripada rakan. Dari segi pemantauan yang dibuat, laluan itu bukan tempat berlumba tetapi penunggang motosikal mengambil peluang pada hari cuti kerana lumba (motosikal) tidak kira lokasi sesuai atau tidak," katanya. 


Dalam kejadian Jumaat lalu, Nur Hasliza Yaziab, 25, maut akibat dirempuh Muhammad Shakim Muhamad Zaki yang terbabas sehingga masuk ke laluan bertentangan. Rempuhan itu menyebabkan Nur Hasliza ke bendang dan bayi lelaki dalam kandungannya terkeluar dari peranakan. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo