Slider

Pegawai Kanan SPRM guna wang rampasan AS$6.94 juta untuk beli kenderaan mewah dipenjara 3 tahun


Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan dua kali sebatan terhadap Pegawai Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikaitkan dengan kehilangan wang rampasan sebanyak AS$6.94 juta. 


Tertuduh berusia 41 tahun itu membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan pilihan iaitu dengan curang menjadikan bagi kegunaan sendiri suatu harta iaitu wang berjumlah AS$6.94 juta, sebelum Hakim Suzana Hussin menjatuhkan hukuman terhadapnya yang berkuat kuasa dari tarikh tangkapan, 13 September 2021.


Bagi pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 403, pesalah boleh dihukum penjara tidak kurang dari enam bulan dan tidak lebih dari lima tahun serta sebatan. 


Mahkamah juga mengarahkan harta yang dibeli tertuduh menggunakan sebahagian wang rampasan itu antaranya seutas jam tangan Hublot, sebuah kereta Ford Raptor, sebuah kereta Honda Civic, sebuah kereta Mercedes, dua motosikal berkuasa tinggi jenama Ducati, sebuah rumah dua setengah tingkat di Kota Warisan - Sepang, dua bidang tanah di Jerantut dan wang tunai RM8,700 dilucutkan hak kepada kerajaan Malaysia melalui SPRM. 


Wang tunai AS$4.07 juta dan RM1.6 juta serta lapan utas jam tangan mewah turut diperintah dilucutkan hak kepada kerajaan. 


Tertuduh juga didapati meminta pertolongan seseorang untuk menyimpan RM1.4 juta yang akan dijadikan sebagai modal perniagaan balak. 


Shahrum Nizam apda 4 Januari lalu didakwa atas pertuduhan pecah amanah wang rampasan dan didakwa mengiktu Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, serta denda jika sabit kesalahan. 


Sumber: Kosmo

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo