Slider

Pelajar Form 4 retak tempurung kepala dibelasah 5 pelajar lain sebab kacau cinggey member


Polis menahan lima remaja lelaki kerana membelasah seorang pelajar tingkatan empat sehingga retak tempurung kepala. 


Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kejadian berlaku pada jam 11.15 pagi Selasa lalu di sebuah sekolah di daerah tersebut. 


Siasatan mendapati, ketika berada di luar kelas, mangsa berusia 17 tahun didatangi suspek berusia 18 tahun yang terus memukulnya. Salah seorang daripada suspek menghentak kepala mangsa menggunakan batu. 


Kejadian itu disedari oleh pengawas sekolah yang terus bertindak meleraikan mereka. Mangsa mengalami bengkak di bahagian tangan dan belakang badan. 


Difahamkan, mangsa dan lima suspek terbabit tidak pernah berkawan rapat dan tiada sejarah perselisihan faham. Namun, salah seorang suspek menuduh mangsa mengganggu teman wanitanya menyebabkan dia tidak berpuas hati. 


Mangsa telah menerima rawatan di Hospital Gua Musang dan doktor mengesahkan bahagian kiri tempurung kepala mangsa mengalami kesan retak dan memerlukan rawatan susulan. 


Suspek yang ditahan pada hari kejadian pula, telah dibebaskan dengan jaminan polis. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo