Slider

Remaja perempuan terlanjur dengan boyfriend sampai mengandung, keluarga buat laporan polis dakwa anak dirogol kekasih


Percubaan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun menyembunyi hubungan terlarangnya bersama teman lelaki akhirnya terbongkar dan diketahui keluarga apabila dia disahkan hamil. 


Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, siasatan mendapati remaja itu terdahulu menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki berkenaan yang sebaya dengannya sebelum terlanjur. 


Akibat dari hubungan terlarang itu, remaja berkenaan disahkan hamil. Terkejut dengan apa yang berlaku, keluarganya tampil membuat laporan polis di Balai Polis Indah, semalam. 


Bertindak di atas laporan tersebut, polis telah menahan suspek di sebuah restoran di Pandan Indah, petang semalam. Turut dirampas beberapa barangan suspek untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. 


Sementara itu dalam kes berasingan, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditahan kerana didakwa merogol teman wanitanya berusia 14 tahun sehingga mengandung. 


Ketua Polis Daerah Ampangg Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek ditahan di sekitar Pandan Indah pada Khamis. 


Difahamkan, mangsa berjumpa dengan suspek di Pandan Indah pada pertengahan Disember 2021. Dalam perjumpaan itu, suspek telah merogol mangsa sebanyak dua kali. 


Ibu mangsa hanya menyedari anaknya mengandung pada 13 Februari lalu. 


Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. 


Sumber: Harian Metro, Sinar Harian

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo