Slider

'Saya nak jual semua harta, nak jadi orang biasa' - Safiey nekad jual aset, mahu mulakan sesuatu yang baru dalam hidup


Usahawan kosmetik, Mohd Saifuddin Illias atau Safiey Ilias, 26, dilaporkan mahu menjual kereta mewahnya Ford Mustang. 


Safiey berkata, kereta yang dibelinya pada tahun 2016 mahu dijual dengan harga RM270,000 dan harga masih boleh dirunding. Terdahulu, Safiey juga menjual kediamannya yang terletak di Sunway Montana dengan harga RM2.1 juta.


"Memang sedih apabila nak jual Mustang saya ini. Tapi tak apa, mungkin ini ketentuan buat saya. Terima kasih Allah sudi pinjamkan rezeki memiliki Mustang ini pada saya," katanya. 


Menurut Safiey, dia mahu melepaskan semua hartanya dan menjadi orang biasa. Malah, dia mahu memulakan sesuatu yang baru menggunakan hasil jualan kereta itu kelak. 


"Saya nak menjual semua aset dan harta yang ada. Saya nak menjadi orang biasa dan sederhana sahaja. Siapa yang membeli kereta ini, saya akan promosi Facebook dan Instagram dia. Pendek kata, saling membantu. Apa pun harga yang dinyatakan masih boleh dirunding. 



"Terlalu banyak kenangan saya bersama semua aset yang ada. Pahit, manis dan jatuh bangun saya ada bersama semua benda ini. Walaupun perit dan sedih, tapi saya terpaksa. 


"Kalau boleh tahun ini saya mahu memulakan sesuatu yang baru dan segar dalam hidup. Rezeki yang ada saya nak kongsi bersama," katanya. 


Sumber: Harian Metro, IG Safiey Ilias

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo