Slider

Tak rela berpisah, lelaki bunuh bekas teman wanita sebelum tikam diri sendiri sampai mati


Seorang lelaki dilaporkan membunuh bekas teman wanitanya sebelum menikam dirinya sehingga mati dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Pegaga, Taman Merdeka, Batu Berendam, semalam. 


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, mayat lelaki berusia 33 tahun dan wanita berusia 22 tahun ditemui oleh orang awam dalam keadaan berlumuran darah, pada jam 4 petang.


"Mayat lelaki ditemui dalam bilik tidur dengan berlumuran darah dipercayai akibat tikaman sendiri. Polis turut menemui pisau dipercayai senjata digunakan dalam kejadian itu," katanya. 


Siasatan awal mendapati, pasangan itu terdahulu bertengkar dipercayai lelaki terbabit tidak mahu berpisah dengan mangsa.


Pertengkaran mereka itu mengundang perhatian kenalan mangsa yang kemudian cuba datang membantu tetapi, disebabkan pintu tidak dapat dibuka, mereka segera menghubungi polis. 


Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi mengetahui motif sebenar dan bagi mengesan jika terdapat kehadiran individu lain dalam kejadian itu.


Sumber: Sinar Harian

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo