Slider

Tom Holland (Spider-Man) & Zendaya beli rumah pertama mereka bernilai RM17.1 juta


Pasangan selebriti Hollywood, Tom Holland dan Zendaya dilaporkan baru membeli sebuah rumah mewah di London. 


Berdasarkan laporan portal hiburan antarabangsa, rumah pertama pelakon utama filem Spider-Man: No Way Home' itu berada berdekatan dengan kediaman keluarga Tom Holland yang hanya berjarak enam kilometer. 


Dikhabarkan rumah mewah pasangan itu bernilai kira-kira 4.1 juta dollar atau RM17.1 juta. Bukan hanya itu sahaja, rumah tersebut yang sedang dalam proses renovasi itu dilengkapi dengan enam bilik tidur dan memiliki pelbagai fasiliti bermula dari gym sehingga panggung wayang. 


Pasangan itu juga dikatakan bakal mendirikan rumah tangga kerana sebelum ini Tom Holland mengaku mahu berehat sementara dari karier lakonan dan memiliki sebuah keluarga.


"Saya mahu berehat dan fokus untuk memulakan sebuah keluarga serta mencari apa yang saya ingin lakukan di luar dunia ini," katanya. 


Bintang Hollywood berusia 25 tahun ini sudah memiliki keinginan menjadi seorang bapa dan dia mengakui amat menyukai kanak-kanak serta tidak sabar mempunyai anak sendiri. 


Walaupun begitu, baik Tom Holland mahupun Zendaya masih belum membuka mulut mengenai perhubungan mereka. 



Sebelum ini, Tom Holland dan Zendaya secara rasmi mengumumkan hubungan mereka melalui Instagram di hari ulang tahun kelahiran Zendaya. Tom memuat naik gambar di sebalik tabir dari lokasi penggambaran filem Spider-Man dengan kapsyen, "My MJ".


Sumber: Buzz

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo