Slider

'Ada nampak Mommy happy?' - 15 tahun hidup sendiri, Mas Idayu akui sedang berkenalan dengan seseorang

Mas Idayu selalu berdoa diberi rezeki jodoh dan akhirnya dipertemukan dengan seorang lelaki dari industri hiburan


Sebut saja nama Mas Idayu, pasti teringat pada lagu popularnya, "Sengol-sengolan, cubit-cubitan, aku bernyanyi kau petik gitar..". Penyanyi berusia 50 tahun itu semalam dilaporkan sedang mengenali seseorang dan tidak menolak jika hubungan mereka akan menjadi lebih serius. 


Bagaimanapun Mas Idayu pada waktu ini belum bersedia berkongsi mengenai lelaki berkenaan yang turut bekerja dalam industri hiburan. 


"Selama lebih 15 tahun hidup sendiri, saya akui terkejut dan tidak menyangka akhirnya pintu hati terbuka untuk mengenali seseorang. Perasaannya ibarat ketika mengenali lelaki pada zaman anak dara.



"Selama ni saya tutup pintu hati untuk menerima pasangan baru walaupun banyak lelaki cuba mendekati. Pernah juga ada lelaki muda yang cuba untuk rapat tetapi jika saya okey, anak pula sebaliknya," katanya.


Jelasnya, dia sebelum ini selalu berdoa akan dipertemukan dengan jodoh kerana sudah lama hidup tanpa suami. Mas Idayu tidak menyangka dia akan dipertemukan dengan lelaki berkenaan kerana mereka kerap menjalinkan kerjasama beberapa kali sebalum ini. 


Walaupun berada di industri yang sama, Mas Idayu mengesahkan lelaki itu bukanlah selebriti dan meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik saja untuk mereka. 



Mas Idayu penrah mendirikan rumah tangga dengan Aman Graseka dan dikurniakan anak perempuan, Nur Dayini Ashiqah, 25 tahun. Pasangan itu kemudian bercerai pada tahun 2006. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo