Slider

'Ais batu tak ada, sudu tak ada, babi je jadi KFC' - Selepas 7 Eleven, viral pula video Kak Long di KFC

Baru selesai kes di 7 Eleven, timbul pula dakwaan Kak Long marah pekerja restoran KFC kerana tiada ais batu


Walaupun telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pekerja 7 Eleven, netizen masih lagi mengecam tindakan Wan Nor Baizura berikutan tidak berpuas hati dengan tindakannya yang dilihat melampaui batas. 


Wakil 7 Eleven kemudian tampil meminta netizen berhenti menyerang dua beranak itu dan menjelaskan kejadian itu sebenarnya hanya salah faham sahaja. 


"Adik ini datang ke 7 Eleven bersama tiga rakannya dan rakannya telah memaklumkan kepada pekerja saya bahawa adik ini mencuri. Jadi pekerja saya telah bertanya kepada adik ini. Adik ini berasa takut dan menangis, terus berlari keluar mendapatkan ibunya. 


"Kami telah membuat semakan CCTV dan mendapati adik ini tidak mencuri dan tiada barang yang hilang," katanya. 


Tidak sampai 24 jam kes di 7 Eleven reda, timbul pula dakwaan yang mengatakan dua beranak itu sekali lagi menimbulkan kekecohan di sebuah restoran makanan segera. 


Menurut sumber, kes kedua berlaku kerana wanita itu tidak berpuas hati dengan beberapa perkara sehingga melemparkan kata-kata kesat terhadap pekerja restoran. 


"Baik tak payah makan KFC, baik makan kat tepi jalan je. Ais batu tak ada, sudu tak ada, babi je jadi KFC. Camne? Air batu tak ada, sudu tak ada. Servis kena terbaik, tip top. Saya datang sini dengan RM30 je. Dah la ambil order tu buat muka. 


"Saya ada hak sebab saya customer. Customer is always right. Saya nak ais batu, sekarang! Saya bukannya orang senang, saya hanya ada RM30 je untuk makan KFC je. Buat panas hati datang KFC tak ada ais batu. Kalau tak ada ais batu, tutup kedai. 


"Bukan saya datang free, saya bayar. Ambik order, buat muka. Takkan aku kena pergi ambil dari kamu? Aku curah air batu kat muka mung kang. Daripada aku bagi kamu RM30, baik aku makan maggi kat rumah. Kalau ais batu tak ada, kena beritahu. Geramnya aku," katanya.


Tidak ketinggalan, anak lelakinya turut menyampuk memarahi pekerja KFC terbabit dengan kata-kata yang tidak sepatutnya. 



Dalam video lain, apabila netizen meminta dia memohon maaf kepada pekerja KFC terbabit, Wan Nor Baizura enggan berbuat demikian kerana dia tidak mendedahkan identiti pekerja tersebut di media sosialnya. 


"Pergi minta maaf dekat staf KFC? Buat apa saya kena pergi minta maaf dekat staff KFC? Ada saya viral muka dia ke? Tak ada kan," katanya. 


@arifeddy Reply to @sad4raa dia taknak mintak maaf? #kaklongkosmetik #kaklong #7eleven #KFC #viral ♬ original sound - Arif Eddy


Sumber: Facebook Suara Merdeka, TikTok Suara Merdeka

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo