Slider

'Alat kelaminnya sudah rosak, bengkak & dirobek' - Isteri lapor polis, suami tergamak rogol anak kandung berusia 11 tahun

Jam 4 pagi, isteri ternampak suami sedang memegang alat kelamin mangsa


Seorang bapa tergamak merogol anak kandungnya berusia 11 tahun di Kota Depok, Indonesia. Ibu mangsa yang dikenali sebagai DH, 38, berkata, anak perempuan sulungnya itu menjadi mangsa bapanya sendiri sejak tahun 2021. 


"Pertama kali dia (suspek) menggunakan tangan meramas dadanya dan memasukkan alat kelamin," kata DH kepada media semalam, Isnin 28 Februari 2022. 


Menurut DH, suspek turut mengancam mangsa menggunakan senjata tajam sekiranya dia tidak mahu menuruti kemahuannya. 


"Anak beritahu yang dia diugut menggunakan pisau dan suspek mengancam mahu membunuh adik beradiknya yang lain sekiranya dia enggan melayani bapanya," kata DH. 


DH mengaku, selama ini dia tidak mengetahui kejadian yang menimpa anak sulungnya itu sehinggalah 24 Februari lalu dia mencekup suaminya sedang melakukan kekerasan seksual terhadap mangsa, ketika mereka sekeluarga tinggal di rumah ibu bapanya. 


"Saya tidak nampak mereka melakukan hubungan badan, tetapi saya nampak suami melakukan perbuatan jijik itu pada 24 Februari 2022 ketika tinggal di rumah orang tua saya," katanya. 


"Jam 4 pagi subuh, ketika saya bangun suami tiada di sisi. Selepas dicari rupa-rupanya dia sedang memegang alat kelamin anak saya. Itu semua saya lihat dengan mata kepala saya sendiri. Tetapi suami menafikan apa yang saya nampak itu," ungkap DH. 


Dua hari selepas kejadian itu, DH membawa mangsa ke klinik kesihatan untuk menjalani pemeriksaan. 


"Saya bawa anak ke klinik dan benar alat kelaminnya sudah rosak, bengkak, dirobek dan dia mengaku semua itu dilakukan oleh bapanya sendiri beberapa kali," kata DH. 


Sebelum hari kejadian, DH mengaku timbul rasa curiga terhadap suaminya sejak setahun kebelakangan ini. Semasa tinggal di rumah orang tuanya, di sebelah malam suaminya tidak memakai seluar dalam dan tidur di tepi mangsa, Hal itu membuatkan DH berasa hairan. Tetapi rasa curiga itu ditepis kerana dia pada waktu itu yakin suaminya tidak akan mengapa-apakan anak mereka sendiri. 


Setelah ternampak perbuatan keji suaminya dengan mata sendiri, barulah DH sedar perasaan curiganya sebelum itu adalah benar. DH terus mendesak anak perempuannya menceritakan semua perlakuan keji bapanya itu. Mangsa mengaku dia telah dicabul dan dirogol oleh bapanya sejak 2021. 


26 Februari kemudian, DH membuat laporan polis terhadap suspek kerana merogol anak perempuan mereka.


Sumber: Kompas, Detik Daily

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo