Slider

Alhamdulillah, Sofia Raniya telah ditemui



Sofia Raniya, 8, yang dilaporkan hilang oleh ibunya dikatakan telah ditemui dan kini berada dalam keadaan selamat. 


Menurut sumber yang dipercayai, kanak-kanak perempuan itu bagaimanapun belum diserahkan kepada ibunya yang berusaha mencarinya sejak jam 6.30 petang tadi. 


Difahamkan, Sofia tersilap menaiki van semasa pulang dari sekolah. Sofia berjaya ditemui di The Holmes, Bandar Tun Razak. 


Terdahulu, ibunya, Ryana, memohon bantuan orang ramai mencari anaknya yang dikatakan hilang. 


Ryana sepatutnya menjemput anaknya di sekolah selepas tamat sesi persekolahan jam 5.50 petang. Tetapi dsebabkan tersangkut dalam kesesakan lalu lintas, Ryana terlambat sampai ke lokasi. 


Sebaik saja tiba di lokasi, Ryana mendapati anak perempuan tiada di perkarangan sekolah. 

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo