Slider

'Awak menari terkinja² hindustan takda pula kami nak peduli?' - Iqram Dinzly tersentap dengan teguran Syafie Naswip

Iqram Dinzly sound setepek Syafie Naswip kerana berang ditegur buat gimik murahan untuk promote drama



Pelakon Iqram Dinzly mengakui video viral yang menunjukkan pertengkarannya dengan Mona Allen di lokasi penggambaran yang menyebabkan dia dikecam teruk sehingga menangis, hanyalah sekadar lakonan semata-mata. 


"Kami hanya berikan satu hidangan untuk mereka yang suka membawang. Perkara sebegini sudah menjadi trend dan orang tidak akan ambil tahu kalau asyik bercakap tentang perkara yang baik. 


"Nama pun media sosial, jadi kami buat hanya untuk suka-suka. Terpulang kepada netizen untuk menilai," katanya yang turut memaklumkan hubungannya dengan Mona baik-baik sahaja. 


Bagaimanapun Iqram tersentap dengan teguran yang dibuat oleh rakan artis, Syafie Naswip baru-baru ini berhubung marketing murahan seperti itu tidak wajar dilakukan oleh pelakon yang berbakat besar, walaupun tidak menyebut sebarang nama artis. 




Iqram melalui Instastory-nya telah mengeluarkan kenyataan berikut terhadap Syafie:


"Uuu.. tacod. Awak tu menari terkinja-kinja hindustan takda pula kami nak peduli sebab hak awak kan wahai sang penggupas? Fahami erti hormat dan seni itu luas. Tak faham? Meh kita kupas!


"Rasa hebat sangat diri sampai method dan lakonan semata-mata pun keliru dalam nilai? Terkinja-kinja menari bollywood itu jelah yang mampu? 


"Well itu cara kau, aku dengan cara aku. Sekiranya aku boleh menghormati cara kau, kenapa perlu kau lebih kay po chi dari kelompok pembawang nak ambil tahu? Atau kau memang sejenis kupas membawang setiap penjuru? Rasanya takda langsung mention nama kau dalam apa-apa gerak laku. 


"Jangan cemarkan diri yang menang anugerah tetapi terlebih acah. Maaf, frekuensi anda tidak seiring kami. Sila sedar diri, sedar ruang, sedar masa fokus bisnes sendiri. Pathetic actor! 


"Hidup zaman sekarang ni, bad or good stil marketing. I prefer cheap marketing berbanding marketing berbayar. Aku sejenis tak kuasa nak ambil tahu dan kacau hidup orang yang otak tepu. Tapi apa-apa pun wa maafkan lu supaya lu tak payah susah payah merangkak cari gua di padang masyar ya. Wa takda masa nak layan lu. Waklu," katanya. 





Sementara itu di media sosial, ramai yang bersetuju dengan teguran Syafie kerana marketing sedemikian rupa hanyalah sia-sia. Apatah lagi netizen pada hari ini lebih bijak dan tidak mudah terperdaya dengan gimik murahan seperti itu. 


"Team Mukhsin! Memang murahan sangat. Teruk sangat cara nak menaikkan drama, last-last sampai ke sudah tak trending pun drama," kata Anonymous. 


"Kalau si Iqram yang buat gimik boleh jugalah terima. Tetapi Mona itu kan artis profesional dan suaminya pula artis graded. Buat gimik sampah juga? Kesian artis Malaysia," kata Mat Deghem. 


Apa pandangan anda? Kongsikan pandangan anda di Facebook dan Instagram The Reporter.


Sumber: mStar Online, Forum Cari

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo