Slider

'Bagi awal-awal hadiah untuk jaga saya dalam pantang nanti' - Usahawan Vitamin hadiahkan Lamborghini Huracan Evo kepada suami

Usahawan Vitamin, Anes Ayuni Osman, hadiahkan Lamborghini Huracan Evo kepada suami sebagai ganjaran menjaganya di tempoh berpantang kelak.



Baru-baru ini tular seorang wanita sarat mengandung menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada suaminya sebagai ganjaran untuk menjaganya ketika berpantang kelak.


Usahawan muda, Anes Ayuni Osman, 19, berkata, hadiah kereta Lamborghini Huracan Evo bernilai RM2 juta itu adalah ganjaran yang diberi kepada suaminya, Ahmad Weldan Zulkefli, 20, pada petang Jumaat lalu.


@ayunieso24 #ad Bagi awl2 hadiah utk jaga sy dlm Pantang nnti 😘 Terima kasih suami , besar mana pun nilai hadiah ni takkan dapat balas kebaikan awk #fyp #ad #vitamilk ♬ Dengarkan Sayang - Kangen Band


"Alhamdulillah, rezeki kami tidak pernah putus semenjak berkahwin. Suami pun menjaga saya dengan begitu baik terutama ketika kehamilan saya. 


"Selain menghargai pengorbanan suami, hadiah Lamborghini ini kerana mahu dia sentiasa berada di sisi saya sepanjang tempoh berpantang," katanya. 


@ayunieso24 #ad Sapa yang buat macamni juga ?☺️ #ad #fyp #vitamilk #lamborghini ♬ original sound - Siscafellicia - Sisca centang biru


Ayuni menjelaskan hadiah itu diberi awal kerana semasa berpantang kelak dia tidak dapat pergi ke mana-mana kerana mengikut amalan berpantang keluarganya selama ini yang memakan masa selama 100 hari. 


Difahamkan, Ayuni yang mengusahakan perniagaan kosmetik kini menetap di Kota Bharu telah merancang untuk berpantang di rumah ibu bapanya di Pasir Mas, Kelantan. 


Sebelum ini, Ayuni pernah menarik perhatian netizen di media sosial dengan ragamnya mahu memiliki kereta mewah Lamborghini Aventador SV bernilai RM3 juta semasa awal kehamilan. 


Permintaannya itu ditunaikan oleh Ahmad Weldan selepas salah satu videonya di TikTok memenuhi syarat mendapat 100,000 likes. 


@ayunieso24

eeee suami yuni ni Sampai hati ! Alhamdulillah rezeki 6 bulan berniaga 🤲🏻

♬ original sound - ayunieso


Ayuni berharap suaminya dapat menjaga bayi mereka sepanjang masa kerana dia pergerakan dia berkemungkinan terbatas disebabkan dia dijangka akan bersalin secara czer. 


"Ibu-ibu tahu sakitnya selepas bersalin czer. Jadi, saya mahu lebih perhatian daripada suami saya," katanya. 


Selain itu, Ayuni juga berharap suaminya menguruskan bayi mereka termasuk membersihkan lampin dan mencuci najis/kencing anak. Ayuni yakin suaminya tiada masalah melakukan perkara itu kerana sudah menjadi kebiasaan Ahmad Weldan membersihkan najis kucing.


Sumber: mStar Online, TikTok Ayuni

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo