Slider

Bapa rogol & cabul 4 anak perempuannya dihukum penjara 33 tahun, 24 sebatan

Bapa lakukan penderaan seksual terhadap empat anak perempuanny dihukum penjara 33 tahun, 24 sebatan.



Mahkamah Tinggi Singapura pada 18 Mac 2022 menjatuhkan hukuman penjara 33 tahun 2 bulan dan 24 sebatan terhadap seorang lelaki yang didapati bersalah kerana melakukan penderaan seksual ke atas beberapa anak perempuannya. 


Tertuduh berusia 45 tahun itu mengaku bersalah pada minggu lalu di atas tujuh pertuduhan merogol, mencabul dan penderaan seksual terhadap empat anak perempuannya antara 2004 dan 2018.


Hakim Mahkamah Tinggi, Tan Siong Thye berkata, kes itu adalah salah satu kes rogol dan serangan seksual terburuk yang pernah dihadapkan ke mahkamah. 


Mengikut pertuduhan, tertuduh juga melakukan penderaan fizikal terhadap isteri dan anak-anaknya termasuk anak lelaki. Anak-anaknya juga dihukum tidak dibenarkan makan selama hampir seminggu kerana tidak melakukan kerja rumah mengikut kepuasannya. 


Selain itu, tertuduh juga mencabul dan menjadikan empat daripada lima anak perempuannya sebagai tempat melampias nafsu selama 14 tahun termasuk merogol tiga anak perempuannya. 


Mangsa kemudian membuat laporan polis dan jurulatih kem bebas bagi kem pengembaraan kanak-kanak itu kemudian ditahan pada 17 November 2018. 


"Dia menghancurkan nilai-nilai kesucian (mangsanya) dan menjadikan rumah mereka sebagai tempat seksaan. Dia menyebabkan penderitaan yang tidak dibayangkan dan penderaan selama bertahun-tahun," kata Hakim Tan Siong Thye.


Difahamkan, tertuduh mendirikan rumah tangga bersama isterinya yang kini berusia 41 tahun, sejak 2001. Perkahwinan meerka dikurniakan lima orang anak dan dua lagi daripada perkahwinan sebelum ini. 


26 lagi pertuduhan yang berkaitan dengan kesalahan rogol, serangan seksual kepada mangsa lain, termausk mencederakan isteri dengan menumbuk, merotan dan menampar wanita itu belum diputuskan hukuman. 


Sumber: Media Corp Singapore, Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo