Slider

Bayi setahun 11 bulan maut akibat didera ibu kandung yang tertekan dengan suara tangisannya

Ibu dera anak perempuannya berusia 11 bulan sehingga mati kerana tertekan dan tidak tahan mendengar suara tangisannya.



Polis menahan seorang wanita yang disyaki mendera anak kandungnya berusia setahun 11 bulan sehingga mati, pada 9 Mac lalu. 


Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, suspek berusia 33 tahun tampil menyerah diri pada jam lima petang pada hari yang sama di Balai Polis Teluk Intan. 


Terdahulu, pihaknya menerima laporan mengenai kematian mangsa dari sebuah hospital swasta di Teluk Intan. Mangsa dihantar oleh ibunya setelah mendapati anaknya itu mengalami sesak nafas pada jam 2.30 pagi.


Pemeriksaan doktor mendapati, mangsa sudah tidak bernafas dan ada kesan luka di sekeliling hidung, dagu, cuping telinga kanan, luka di bahagian belakang telinga kiri dan luka di belakang kepala. 


Selain itu, kesan luka besar di lengan kanan, luka di jari kelingking serta telunjuk tangan kiri, luka koyakan pada celah jari telunjuk dan jari hantu kiri mangsa, kesan gigitan di bahu lengan kiri, kesan parut kaki kiri, lebam bawah lutut kiri, lebam di belikat kanan dan beberapa kesan lebam di belakang badan mangsa. 


Keputusan bedah siasat yang dijalankan mendapati, mangsa meninggal dunia berpunca dari kecederaan di bahagian dada. 


Suspek yang tidak bekerja itu dikatakan bertindak demikian kerana tertekan dengan mangsa yang selalu menangis dan tidak selesa dengannya. Mangsa dijaga oleh pengasuh sejak Jun 2020 dan suspek mengambil semula anak ketiga daripada empat beradik itu untuk dijaga pada Jun 2021.


Suspek akan dituduh di Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo