Slider

Biden takkan sekat import minyak dari Rusia walaupun digesa berbuat demikian

Amerika Syarikat tidak akan kenakan sekatan terhadap pengimportan minyak dari Rusia


Di sebalik kelantangan terhadap Rusia melancarkan perang terhadap Ukraine, Rumah Putih (White House) tidak akan menyokong cadangan menyekat import minyak dari Rusia, menurut setiausaha akhbar, Jen Psaki, walaupun Speaker Dewan Rakyat, Nancy Pelosi, menyertai gesaan agar Amerika Syarikat berhenti membeli bahan api dari Moscow. 


"Kami tidak mempunyai kepentingan strategik dalam mengurangkan bekalan tenaga global dan (tindakan) itu akan menaikkan harga bahan api untuk rakyat Amerika," kata Psaki kepada media pada Khamis. 


Terdahulu wartawan menyoal Presiden Biden sama ada Amerika akan mengharamkan pengimportan minyak dari Rusia. Biden menjawab tidak dan meminta wartawan itu keluar dari bilik kerana mesyuarat Kabinet akan bermula. 


Rusia adalah pengeksport minyak tersebar dunia, menjual kira-kira lima juta tong di seluruh dunia setiap hari. Kira-kira 60 peratus daripada eksport tersebut adalah ke Eropah, 20 peratus ke China. 


Krisis Rusia dan Ukraine memaksa Amerika Syarikat terpaksa mengambil langkah lain untuk menekan Rusia dengan melakukan lebih banyak sekatan dan larangan perjalanan yang disasarkan pada ahli keluarga bilionair kelahiran Rusia. 


"Hari ini saya mengumumkan bahawa kami telah menambah berpuluh-puluh nama (VVIP) ke dalam senarai (sekatan perjalanan) termasuk salah seorang jutawan terkaya Rusia disekat masuk ke Amerika. Kami akan terus menyokong rakyat Ukraine dengan bantuan langsung. 


"Matlamatnya adalah untuk memaksimumkan kesan ke atas Putin dan Rusia serta meminimumkan bahaya kepada kami dan sekutu serta rakan-rakan kami di seluruh dunia," kata Biden. 


Sumber: Daily Mail

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo