Slider

Lelaki ditahan bersembunyi dalam kotak, cuba lari dari Ukraine selepas Zelensky arahkan semua lelaki pertahankan negara dari Rusia

Lelaki warga Ukraine cuba melarikan diri dengan bersembunyi dalam kotak, selepas Zelensky arahkan semua lelaki pertahankan negara dari serangan Rusia

Foto Daily Mail


Seorang lelaki Ukraine telah ditahan kerana cuba melarikan diri dari negaranya dengan bersembunyi di dalam kotak pakaian bayi, selepas Presiden Volodymyr Zelensky mengumumkan semua warganegara lelaki harus tampil berjuang mempertahankan negara daripada ditawan Rusia. 


Gambar menunjukkan lelaki berkenaan bersembunyi di dalam kotak pakaian bayi ditahan di sempadan Ukraine-Moldova, ketika cuba meloloskan dari dari pemeriksaan pihak berkuasa. 


Namun pengawal sempatan meminta kereta yang dipandu seorang wanita bersama dua anaknya berhenti. Selepas diperiksa, mereka menemui 'penumpang tambahan' di dalam kotak tersebut. 


Zelensky pada 24 Februari lalu menguatkuasakan undang-undang di mana warganegara lelaki berusia dari 18 hingga 60 tahun tidak dibenarkan keluar negara. 


Bagaimanapun pengecualian diberi kepada mereka yang mempunyai ramai anak, membesarkan anak seorang diri atau mempunyai anak kurang upaya. Undang-undang itu juga mengecualikan ibu bapa yang mempunyai anak angkat. 


Bagi yang mempunyai dua orang anak, si bapa tidak dibenarkan keluar dan diarahkan terus kekal berada di Ukraine. 


Selepas Presiden Vladimir Putin mengumumkan operasi ketenteraan Rusia di Ukraine, pihak berkuasa mula memberi senjata apai kepada mana-mana rakyatnya yang mahu berjuang mempertahankan negara. 




Sementara itu di media sosial, netizen mengecam tindakan lelaki itu yang dilabelkan sebagai pengecut. 


"Dia takut berperang. Saya faham tetapi perbuatannya memalukan," kata netizen. 


"Tak malu ke ketua keluarga berkelakuan seperti itu? Nyawa itu tiada nilai tandingannya tetapi maruah lebih berharga," kata salah seorang netizen yang berada di Ukrain. 


"Kalau itu adalah keluarganya, saya tak boleh salahkan dia kerana bukan semua dilahirkan untuk menjadi askar," kata yang lain. 


Sumber: Daily Mail

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo