Slider

'Dia punya gian, dapat kemam pun jadi' - Warga emas beronani sambil cium pakaian dalam ditahan

Warga emas berusia 62 tahun ditahan selepas video dirinya beronani sambil mencium pakaian dalam tular di media sosial.

Foto dari video viral


Seorang lelaki warga emas yang beronani sambil mencium pakaian dalam wanita di sebuah flat telah ditahan polis, semalam. 


Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menerima aduan mengenai perbuatan suspek berusia 62 tahun itu di sebuah flat di Sri Sentosa, Jalan Klang Lama jam 2.44 petang Isnin. 


Video yang tular di media sosial menunjukkan suspek mencium pakaian dalam tersebut sambil beronani. Bertindak di atas aduan tersebut, polis telah menahan suspek yang menetap di Puchong dan akan direman hari ini. 


"Lelaki terbabit mencium pakaian dalam berkenaan dan melakukan perbuatan onani. Perbuatan itu dilihat serta dirakam oleh jiran mangsa yang kemudian menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian itu. 


"Siasatan dibuka mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 berhubung kes itu. Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini," katanya. 



Polis menasihatkan orang ramai tidak melakukan atau terbabit dengan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang. Jika ternampak sebarang kes jenayah di daerah itu, laporkan segera kepada pihak polis atau menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo