Slider

Dituduh curi RM4, budak 11 tahun maut dibelasah rakan asrama anak yatim

Kanak-kanak maut dibelasah rakan asrama yang menuduhnya mencuri RM4



Dituduh mencuri RM4, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun maut dibelasah rakannya dalam kejadian di asrama anak yatim dan miskin di Kuantan, Pahang, kelmarin. 


Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa bersama tujuh lagi rakan lain termasuk suspek berusia 16 tahun yang dilantik sebagai ketua untuk melakukan tugasan gotong-royong membersihkan surau.


Suspek menuduh mangsa telah mengambil wangnya sebanyak RM4. Tetapi mangsa dikatakan tidak mengendahkan 'teguran' itu menyebabkan suspek berang lalu menyepak, mencekik dan menghempas mangsa ke atas lantai menyebabkan kanak-kanak itu tidak sedarkan diri. 


Kejadian itu disaksikan oleh tujuh penghuni asrama lain. Suspek bersama dengan dua saksi kemudian membawa mangsa ke bilik penyelia asrama berusia 35 tahun dalam keadaan masih bernyawa sebelum diserang sawan. 


Bimbang melihat keadaannya, mangsa terus dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk mendapatkan rawatan. Namun pegawai perubatan menegsahkan mangsa telah meninggal dunia. 


Ekoran kejadian itu, penyelia asrama tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. 


Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik HTAA untuk dibedah siasat, manakala suspek direman selama tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo