Slider

Isu beg berat: Lokar akan disediakan untuk pelajar Tahun 1, 2 & 3 bagi sekolah 2 sesi

Foto The Sun Daily


Susulan menerima terlalu banyak rungutan dari golongan ibu bapa mengenai isu beg pelajar sekolah rendah terlalu berat, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tampil dengan beberapa jalan 'penyelesaian baharu'. 


Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, bermula tahun ini KPM akan menyediakan kemudahan lokar di sekolah-sekolah rendah secara berfasa bagi menyelesaikan isu beg pelajar berat. 


Penyediaan kemudahan itu membabitkan sekolah rendah yang beroperasi secara dua sesi yang akan melibatkan pelajar Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 melibatkan 10,662 kelas dengan 323,186 pelajar. 


Bagi menyediakan kemudahan itu, jumlah peruntukkan yang dianggarkan untuk fasa satu adalah sebanyak RM37.3 juta.


Setelah selesai fasa satu, fasa kedua pula menumpu kepada penyediaan lokar kepada murid Tahun 4, 5 dan 6 di sekolah rendah yang beroperasi secara dua sesi bermula tahun 2023. 


Berbeza dengan sekolah satu sesi, pelajar hanya akan diarahkan menyimpan buku di dalam laci meja di bilik darjah masing-masing. 


Selain itu, KPM turut menetapkan pelajar hanya membawa dua buku latihan tidak melebihi 80 muka surat bagi setiap mata pelajaran.


Sumber: Sinar Harian, Bernama

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo