Slider

'Kami tak berniat nak membunuh dia' - Berang handphone dirampas, 2 pelajar pukul kepala ustaz sampai mati

Ustaz Eko Hadi Prasetya dipukul menggunakan kayu oleh dua suspek yang tidak berpuas hati telefon bimbitnya dirampas


Seorang lelaki yang dikenali sebagai Ustaz Eko Hadi Prasetya, 43, ditemui dalam keadaan parah pada jam 5.30 pagi, Rabu 23 Februari lalu di Samarinda, Kalimantan Timur, Indonesia. 


Mangsa merupakan guru pondok mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, dikejarkan ke hospital. Selepas sejam kemudian, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan. 


Ekoran kejadian itu, polis telah menahan dua remaja lelaki yang merupakan pelajar pondok berkenaan disyaki terbabit dalam kejadian itu. Siasatan awal mendapati, suspek 'HR' sebelum itu telah memaklumkan kepada rakannya, 'AB', bahawa telefon bimbitnya telah dirampas oleh mangsa. 


Difahamkan, pusat pendidikan berasrama itu tidak membenarkan pelajarnya membawa telefon bimbit. Tetapi, suspek secara diam-diam telah membawa telefon bimbitnya dan diletakkan di bawah bantal. 


Kemudian, salah seorang rakannya meminjam telefon tersebut dan diletakkan di atas meja begitu sahaja setelah selesai menggunakannya. Mangsa yang ternampak telefon bimbit itu terus melakukan rampasan dan diletak di dalam motosikalnya sebelum pergi menunaikan solat. 


Setelah berbincang, dua suspek terbabit sepakat untuk mengambil telefon bimbit itu secara paksa dari mangsa. Jam 5.30 pagi, suspek telah bersedia menunggu mangsa di lokasi yang biasa dilaluinya. Kebetulan di lokasi kejadian, terdapat kayu yang digunakan untuk kerja-kerja pembinaan bangunan. 


Suspek merancang untuk memukul mangsa sehingga pengsan menggunakan kayu. Tanpa berfikir panjang, mereka terus bertindak memukul mangsa di bahagian kepala kerana yakin dengan cara itu akan membuatkan mangsa cepat pengsan. 


Setelah melihat mangsa terkulai, suspek terus mengeledah motosikal mangsa untuk mendapatkan semula telefon bimbitnya sebelum melarikan diri. 


"Awalnya mereka cuma nak buat mangsa pengsan sahaja. Tetapi mereka tidak menyangka tindakan itu akan menyebabkan mangsa meninggal dunia," katanya. 


Menurut saksi, Tejo, 46, berkata, dia bersama dengan mangsa baru sahaja selesai mengerjakan solat Subuh dan pulang ke rumah mengikut haluan masing-masing. Tidak sampai 50 meter perjalanan, Tejo terdengar jeritan mangsa lalu segera berpatah balik dan mendapati dua suspek terbabit sedang memerhatikan mangsa yang berlumuran darah. 


Tejo segera menghubungi pihak pondok sebelum membawa mangsa yang masih bernafas ke hospital. 


Sumber: Tribun News

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo