Slider

'Kenapa layan PM macam ni?' - DAP kesian tengok PM berdiri atas simen berbanding Najib atas karpet merah

Nga Kor Ming kesian tengok PM berdiri atas simen berbanding Najib atas karpet merah ketika PAU2021.

Foto Bernama


Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming memuat naik gambar sekumpulan pemimpin UMNO di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 yang menunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berdiri di atas simen, bukannya di atas karpet merah. 


Menurutnya, gambar itu dihantar oleh rakannya yang berada di lokasi dan merungut Perdana Menteri dibiarkan berdiri di atas simen, berbanding beberapa pemimpin tertinggi UMNO di atas karpet merah. 


"Kawan saya di UMNO hantar gambar ini kepada saya. Mereka merungut penjenayah rasuah 1MDB atas karpet merah, sebaliknya Perdana Menteri pula atas lantai simen.


"Kenapa layan Perdana Menteri macam ini?" ciapnya di Twitter. 



Bagaimanapun ada netizen yang tampil menjelaskan bahawa Ismail Sabri hanya menjawat jawatan Naib Presiden UMNO dan tiada kejanggalan dalam gambar tersebut. 


"YB, ini majlis parti, bukan majlis kerajaan. PM Naib Presiden, tak nampak janggal sebab dari segi kekananan dalam parti tidak salah. Nampak SUA dan Naib Presiden lain, Mahadzir Khalid juga atas simen," kata Mohd Noor Aliff Mohd Marzuki. 


Tidak kurang juga ramai netizen yang mengkritik tindakan Nga yang dilabelkan sebagai menyibuk dalam hal parti UMNO, sedangkan tiada keperluan untuk dia berbuat demikian. 


"Daripada kamu menyibuk urusan UMNO, lebih baik kamu mencari jalan macam mana kamu dan parti kamu nak menipu rakyat berkaitan isu hapuskan tol bila tiba PRU15 nanti," perli Biswardi Hasbi. 


"Inilah DAP, parti yang akan sentiasa mewujudkan persepsi buruk. Korang dah tak ada isu rakyat yang korang boleh ketengahkan ke? Daripada sibuk hal parti lain?" kata Zul. 


"Tak payahlah nak spin dengan niat nak melagakan orang. Jaga rumah sendiri sudahlah. Anyway boleh tolong tanya Mr Renggek apa jadi dengan kes rasuah terowong ajaib di Penang?" kata Eldo. 


Sumber: Twitter Nga Kor Ming

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo