Slider

'Kenapa pukul anak saya?!' - (Video) Pemandu lori tampar, pulas tangan & sepak anak tiri diburu polis

Polis sedang memburu seorang pemandu lori yang memukul anak tirinya dalam video viral di media sosial



Polis kini sedang memburu seorang pemandu lori yang memukul anak tirinya dalam video tular di meda sosial beberapa hari lalu. 


Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol berkata, pihaknya ada menerima laporan dari ibu kepada kanak-kanak berusia lima tahun itu. 


Menurut wanita itu, anak lelakinya dipukul oleh suami baharunya yang juga bapa tiri kepada mangsa. Mangsa ditampar, dipulas tangan sebelum ditendang oleh suspek. 


Wanita itu cuba bertanya punca suaminya memukul mangsa tetapi tidak diendahkan dan suspek berterusan memukul mangsa. Takut melihat mangsa terus dipukul, ibunya datang untuk melindungi anaknya. 


Tetapi tindakan wanita itu membuatkan suspek semakin tidak terkawal dan menyepak mangsa biarpun sepakannya itu terkena pada isteri. 


Polis telah mengenal pasti identiti suspek dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan. 



Sumber: Sinar Harian

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo