Slider

'Kepala pecah sehingga otak terkeluar' - 2 kanak-kanak maut selepas motosikal mereka terbabas & langgar tiang elektrik

2 kanak-kanak lelaki maut akibat kecederaan parah di kepala, selepas motosikal ditunggangi mereka terbabas & melanggar tiang lampu



Dua kanak-kanak lelaki dilaporkan maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka terbabas sebelum melanggar tiang elektrik. 


Menurut laporan, kejadian itu berlaku di kawasan sawah padi di Kampung Terus, Penanti dan kedua-dua mangsa yang berusia 12 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan maut di lokasi kejadian. 


Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Baharuddin Abdullah berkata, dia terdahulu mendapat panggilan daripada penduduk kampung yang memaklumkan tentang kemalangan itu pada jam 2.30 petang. 


Baharuddin bergegas ke lokasi dan mendapati dua mayat kanak-kanak lelaki itu sudah tidak bernyawa akibat kepala mereka pecah sehingga menyebabkan otak keluar.


"Dua mayat kanak-kanak itu tercampak dari motosikal Honda EX5 yang ditunggangi mereka. Dua kanak-kanak ini bukan penduduk kampung di sini dan mereka masuk meronda dengan motosikal sebelum terbabit dalam kemalangan. 


"Kawasan Kampung Terus memang banyak orang datang meronda sebab jalan lurus dan nak tengok pemandangan sawah padi. Tetapi tak sangka berlaku kejadian yang tidak diingini," katanya. 








Mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat. 


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo