Slider

Langgar SOP: KKM kompaun Lim Kit Siang & KJ minta Najib bayar 5 kompaun tertunggak

KKM kenakan kompaun terhadap Lim Kit Siang kerana langgar SOP, KJ beri peringatan kepada Najib untuk bayar tunggakan kompaun.



Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan kompaun kepada Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) pengawalan wabak Covid-19.


Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi perkongsian di Twitter berkata kompaun berkenaan dikeluarkan pada 20 Mac dan beliau turut menyertakan bukti kertas saman terhadap Lim.


Khairy membuat perkongsian itu sebagai reaksi selepas Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan mengapa Lim tidak didenda kerana berpelukan dengan ahli parti pada Kongres Kebangsaan DAP ke-17 yang berlangsung Ahad lalu.


"Kompaun sudah dikeluarkan kepada @limkitsiang. KKM juga harap @NajibRazak bayar satu kompaun yang dikeluarkan semasa PRN (Pilihan Raya Negeri) Johor yang masih belum 'settle' (dijelaskan).


"KKM juga harap @NajibRazak menerima empat lagi kompaun yang dihantar melalui pos daftar yang pegawai DS (Datuk Seri) enggan terima sebelum ini," katanya.


Sebelum ini, Khairy dilaporkan berkata KKM mengeluarkan lima kompaun kepada bekas perdana menteri itu atas kesalahan pelanggaran SOP pada PRN Johor.


Sumber: Bernama

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo