Slider

Lelaki cekik kekasih sampai mati kerana terima video call dari lelaki lain


Seorang lelaki dilaporkan membunuh teman wanitanya dalam kejadian di rumah mangsa, Desa Ulumahuam, Kecamatan Silangkitang Labusel, Indonesia pada Khamis 24 Februari 2022 kira-kira jam 1.15 pagi. 


Wendi Hariadi, 25, nekad membunuh Sugianti, 48, kerana mangsa menerima panggilan video dengan lelaki lain tanpa pengetahuan suspek. 


"Suspek cemburu kerana mangsa menerima video call daripada lelaki lain di depan matanya sendiri," kata Ketua Polis Labuhanbatu, Anhar Arlia Rangkuti pada Rabu, 2 Mac 2022. 


Sebelum kejadian, suspek datang ke rumah mangsa dan melakukan hubungan intim. Ketika sedang berdua-duaan, suspek berasa cemburu kerana mendapati Sugianti menerima video call dari lelaki lain.


Akibat rasa cemburu yang melampau, suspek terus mencekik mangsa dan mukanya ditekup menggunakan bantal sehingga mati. 


Suspek kemudian melarikan barangan berharga milik mangsa antaranya motosikal jenis Honda Revo dan telefon bimbit Redmi 6A. 


Polis yang menerima laporan mengenai pembunuhan mangsa terus melakukan siasatan dan berjaya mengesan kedudukan suspek yang kemudian ditahan dan bakal berdepan dengan hukuman mati atau penjara seumur hidup. 


Sumber: Tribun News

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo