Slider

Miliki & tanam pokok ganja, Yasin Sulaiman didakwa di mahkamah hari ini



Penyanyi, Yasin Sulaiman, tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada jam 10 pagi diiringi anggota polis, untuk didakwa atas pertuduhan memiliki dan menanam pokok ganja di kediamannya di Kota Damansara.


Penyanyi berusia 47 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 39B dan 6B Akta Dadah Berbahaya 1952. 


24 Mac lalu, Yasin ditahan di kediamannya setelah serbuan pihak berkuasa menemui 17 pokok ganja dan dua plastik berisi ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 214 gram.  


Siasatan awal polis mendapati, pokok ganja yang ditemui itu adalah untuk kegunaannya sendiri dan bukannya untuk dijual. Polis percaya Yasin membeli benih itu secara online. 


Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati mandatori jika sabit kesalahan. 



Sumber: Harian Metro, Bernama

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo