Slider

Muzium Paris keluarkan patung lilin Vladimir Putin selepas dirosakkan pengunjung

Patung lilin Vladimir Putn dirosakkan pengunjung muzium sebagai tanda protest terhadap operasi ketenteraan Rusia di Ukraine


Muzium Paris Grevin telah mengeluarkan patung lilin Presiden Vladmir Putin baru-baru ini selepas pelawat merosakkannya sebagai tindakan membantah operasi ketenteraan Rusia di Ukraine. 


Pengarah Muzium, Yves Delhommeau berkata, "Watak seperti dia (Putin) tidak akan dipersembahkan lagi. Ini kali pertama (berlaku) dalam sejarah muzium kami menarik balik patung pemimpin kerana peristiwa bersejarah sedang berlaku. 


"Disebabkan kejadian yang sama kerap berulang, kami tidak mahu terpaksa membetulkan rambut dan penampilannya setiap hari," katanya. 


Walaupun patung Putin telah berada di Muzium itu lebih dari dua dekad, jurucakap muzium itu berkata patung lilin itu mungkin tidak akan kembali dipamerkan. 




Hal itu menimbulkan persoalan ramai tentang siapa yang bakal menggantikan tempat Presiden Rusia. Presiden AS Joe Biden? Presiden China Xi Jinping? Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky? 


Bagaimanapun Delhommeau berkata, Presiden Zelensky mungkin akan menggantikan tempat Putin kerana dia telah menjadi wira yang berani menentang Rusia dan tidak meninggalkan negaranya. 


"Dia boleh mengambil tempat Putin, di kalangan orang-orang hebat dalam sejarah dan hari ini," katanya. 


Perbuatan vandalisme itu berlaku ketika pertempuran semakin sengit di antara Rusia dan Ukraine. Bilangan pelarian Ukraine juga semakin meningkat setiap jam dan setakat 2 Mac, dianggarkan 66,000 rakyat Ukraine cuba melarikan diri dari negara itu. 


Sumber: LADbible

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo