Slider

'Nak Nora Danish yang dulu, comel & sopan' - Fans

Nora Danish ditegur netizen kerana pakai seluar jeans koyak rabak sehingga dedah bahagian lutut (aurat)



Tiga hari lalu pelakon Nora Danish memuat naik gambar penampilan barunya memakai kemeja bercorak bersama seluar 'ripped jeans' dengan kapsyen "I was mature for my age. But I was still a child!!' di penghujung gambar di Instagram.


Bahagian seluar jeans yang terkoyak sehingga menampakkan bahagian lutut mengundang kehadiran netizen untuk membawang bagaikan tiada hari esok. 


Di ruangan komen, ramai yang menasihatkan Nora mengubah cara pemakaian kerana aurat seseorang wanita beragama Islam itu perlu dilindungi, bukannya dipamerkan kepada umum. Tidak kurang juga mendoakan pelakon itu berubah ke arah yang lebih baik dan meminta orang ramai tidak mengecamnya secara keterlaluan. 


Ada juga segelintir netizen yang mula unfollow gara-gara pelakon kesayangan mereka ini enggan mengendah teguran peminatnya.



"Sangat cantik andai Nora menutup aurat kerana Nora Danish sangat cantik orangnya. Semoga Allah kurniakan hidayah untuk Nora Danish yang cantik ini," kata Tulips Jamilah. 


"Jangan ditegur, nanti menjadi-jadi. Doakan saja. Semoga Allah membuka hatinya untuk menjadi insan yang lebih baik," kata Teh Ais.


"Tutuplah aurat kamu sebagai seorang Islam. Jangan disebabkan kamu, orang-orang di luar sana melabelkan artis jahil tentang agama dan hukum. Berubah perlahan-lahan untuk kebaikan," kata Usee Legar.


"Yang kecam-kecam ni tak boleh buat apa-apa pun. Orang kaya macam tu memang tak peduli kecaman orang. Unfollow sajalah dia. Kita tak mampu menegur. Jadi sebagai seorang Islam, doalah untuk dia dan suami. Siapa kita nak menyuruh dia menutup aurat? Sedangkan syurganya sendiri pun tak berusaha menghalang perbuatan dia. Doakan yang baik-baik," kata Ainaailhamy. 


Sumber: Instagram Nora Danish

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo