Slider

'Netizen korek video lama saya & viralkan semula' - Wan Nor Baizura akui kesilapan & terlanjur kata

Wan Nor Baizura cuma mahu mempertahankan anaknya daripada dituduh mencuri di 7 Eleven


"Insiden di kedai serbaneka itu berlaku pada Rabu lalu dan saya mengaku terlanjur kata. Nak undur balik tak boleh dan saya akui apa yang berlaku memang kesilapan saya," kata Wan Nor Baizura Bharudin berhubung videonya mencetuskan kekecohan di 7 Eleven viral di media sosial sehingga dikecam teruk oleh netizen. 


Wan Nor Baizura berkata, salah faham di antara dia dan pekerja kedai serbaneka itu sudah selesai dan masing-masing telah memohon maaf dengan rela hati, bukan kerana paksaan. 


"Saya bukan mahu jadikan anak saya seperti dalam kisah Anakku Sazali, cuma sebagai ibu saya mahu mempertahankannya," katanya. 


Dalam pada itu juga, ibu kepada dua anak itu mengakui dia agak tersentap dengan komen netizen yang melemparkan komen melampau. Tetapi apakan daya dia hanya mampu bersabar dan menganggap apa yang berlaku itu sebagai ujian. 


Berhubung video keduanya yang tular di media sosial hari ini, peniaga alat kosmetik itu menjelaskan itu adalah video lama yang dirakam pada tahun 2020. 


"Seingat saya, video itu dirakam pada 2020. Ia diviralkan semula kerana ada netizen mengorek video lama saya. Saya harap orang ramai tidak mengaitkan kesilapan saya dengan penduduk di tempat saya menetap.


"Bukan hanya saya dan keluarga, malah penduduk kampung turut terkena tempiasnya. Sedangkan kesilapan datang daripada saya dan saya harap netizen tidak samakan sikap saya dengan orang Dungun kerana ramai yang baik belaka," katanya. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo