Slider

Nur Faiszah, 15, lari dari rumah dipercayai mengikuti teman lelakinya

Nur Faiszah dilaporkan lari dari rumah pada jam 3 pagi untuk mengikuti teman lelakinya

Foto Kosmo! Online


Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dipercayai melarikan diri bersama teman lelakinya berusia 21 tahun.


Lapor Kosmo!, gadis bawah umur itu yang keluar dari rumah ibu bapanya pada jam 3 pagi untuk mengikuti teman lelakinya kini berada di Melaka.


Ibu bapanya yang menetap di Bera, Pahang merayu agar anak perempuan mereka yang dikenali sebagai Nur Faiszah Nabila Mohamad Rudzam atau Nur Faiszah, kembali semula ke pangkuan mereka. 


Surida Che Ma, 45, berkata, semasa kejadian itu berlaku suaminya tiada di rumah kerana sedang menghantar anak yang diserang semput ke Hospital Muadzam Shah, manakala da sedang tidur.


"Kami berharap sangat agar Nur Faiszah segera pulang ke pangkuan keluarga sebab semua sedang merindui dia. Tolong hantar anak saya segera, tak sanggup mahu menghadapi hal ini lagi," katanya. 


Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Nur Faiszah disarankan untuk menghubungi talian 013-3785528. 


Sumber: Kosmo! Online

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo