Slider

'Pasukan APM tak dibenarkan masuk ke lokasi kejadian tanah runtuh atas sebab keselamatan' - Polis

Pasukan APM dilaporkan ingkar arahan Komander Operasi Bencana, polis buka kertas siasatan

Foto dari Video Viral


Tular di media sosial video seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mempertikaikan tindakan pegawai polis yang tidak membenarkan anggota APM masuk ke lokasi kejadian tanah runtuh di Jalan Mega Jaya, Taman Mega, baru-baru ini. 


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, video tersebut dirakam oleh salah seorang anggota APM yang berada di lokasi. 


Menurut Mohammad Farouk, pegawai APM yang ditunjukkan dalam video itu mengingkari arahan yang diberi oleh Komander Operasi Bencana. Pegawai berkenaan juga masuk ke lokasi bencana tanpa kebenaran di mana kawasan itu merupakan kawasan larangan dan tindakan anggota APM itu boleh menjejaskan operasi dan keselamatan pasukan mencari dan menyelamat.


Difahamkan, Komander Operasi Bencana telah mengeluarkan arahan agar pasukan APM tidak dibenarkan memasuki tempat berkenaan berdasarkan penilaian dibuat dari segala sudut aspek keselamatan dan ruang sempit serta terhad. Malah, ketika itu, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) sudah berada di kawasan kejadian untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat. 



Tindakan individu yang memuat naik video tersebut bukan sahaja membuatkan orang ramai menyalahtafsirkan situasi itu, malah menjejaskan reputasi pihak polis terutamanya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya. 


Polis kini telah membuka satu kertas siasatan berhubung kes itu di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam, Seksyen 188 Kanun Keseksaan pengingkari perintah yang diisytiharkan oleh penjawat awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana pengguna tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian. 


Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS, PDRM

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo