Slider

'Pelajar terbabit telah diberi laptop, pensyarah kontrak akan dikenakan tindakan' - Naib Canselor UiTM

Foto Malaysiakini


Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor mnegesahkan pihaknya sedang mempertimbangkan tindakan yang akan diambil terhadap pensyarah wanita yang didakwa menghina pelajar dari golongan B40 kerana tidak mempunyai komputar riba semasa menghadiri kelas secara online yang dilakukannya. 


Menurut Roziah, wanita itu adalah pensyarah kontrak di UiTM cawangan Seri Iskandar, Perak dan mengajar di Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur (FSPU). 


Siasatan awal pihaknya mendapati, insiden itu berlaku pada semester lalu dan video tersebut telah dirakam tanpa pengetahuan pensyarah berkenaan lalu, individu yang tidak diketahui identitinya menularkan video tersebut di Twitter. 


"Saya difahamkan insiden berkenaan berlaku pada semester lalu bagaimanapun ia baru ditularkan semalam. Isu ini mesti ada perancangan kenapa ia baru dimuat naik semalam.


"Bagaimanapun, tindakan akan diambil dan untuk pelajar itu, kita sudah mengesan dan memberikan peralatan yang diperlukan (komputer riba)," katanya


Difahamkan, pihak UiTM juga telah mengesan pelajar terbabit dan komputer riba juga telah diberikan kepadanya untuk melancarkan proses pembelajaran. 


Dalam pada itu, Roziah turut menjelaskan pensyarah yang ditularkan itu adalah bagus dan berkemungkinan berlaku sedikit kesilapan mengenai tindakannya memarahi pelajar lelaki berkenaan. 


Bagaimanapun, Roziah tidak dapat mendedahkan lebih lanjut mengenai tindakan yang akan dikenakan terhadap pensyarah wanita itu dan pihak UiTM akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu dalam masa terdekat. 


Sumber: Harian Metro


none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo