Slider

Pemandu Myvi maut, kereta dipandunya terbabas masuk ke laluan bertentangan rempuh Kelisa

Pemandu Myvi terbabas rempuh kereta Kelisa, mangsa maut serta-merta di lokasi kejadian

Foto Video Dashcam Saksi


Seorang lelaki maut, manakala sepasang suami isteri cedera selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 8, Jalan Sungai Choh - Bukit Beruntung, jam 9 pagi Isnin. 


Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, pemandu Myvi berusia 22 tahun maut serta-merta di lokasi kejadian akibat kecederaan parah. 


Siasatan awal mendapati, mangsa terdahulu dalam perjalanan menghala ke pekan Bukit Sentosa. 


Setibanya di lokasi, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan dan melanggar kereta Perodua Kelisa yang dinaiki pasangan suami isteri berusia 61 dan 60 tahun. 


Pasangan suami isteri berkenaan dikejarkan ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan. Mayat mangsa pula dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk tindakan lanjut. 


Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil untuk membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 



Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo