Slider

Penampilan semakin kacak, Hael Husaini dituduh buat pembedahan plastik

Hael Husaini bagaimanapun menafikan tuduhan itu, sebaliknya dia hanya menjaga penampilan diri seperti lelaki lain



Penampilan Hael Husaini kelihatan semakin segak dan menarik membuatkan ada suara-suara tidak bernama membuat spekulasi penyanyi itu membuat pembedahan plastik. 


Bagaimanapun, Hael menafikan tuduhan tidak berasas itu dan menjelaskan dia hanya sekadar menjaga penampilan diri sama seperti lelaki lain. 


"Saya tak tahu nak cakap macam mana. Tak apalah, saya senyum saja. Pada pandangan saya, makin kita meningkat tua, semakin pandailah kita menjaga (penampilan) diri. 


"Waktu muda dulu mungkin kita tidak begitu pandai menjaga penampilan. Tetapi apabila semakin dewasa ini, kita dengan sendirinya pandai menjaga dengan lebih berdisiplin," katanya memetik laporan dari Utusan Online. 



Hael mengakui penampilan terkininya juga hasil dari pasukan profesional di belakangnya yang sentiasa memastikan penampilannya kelihatan menarik apabila berada di depan kamera. 


"Saya akui dulu tak pandai dan tak ada pasukan di belakang. Semua buat sendiri. Sekarang kerja-kerja saya diuruskan oleh pasukan yang profesional. 


"Kalau dulu umpamanya saya ini sikat rambut dan pakai gel rambut sendiri saja. Sekarang dah ada pasukan yang siapkan. Ya, memang boleh dikatakan adalah perubahan itu dari semasa ke semasa untuk saya tampil menarik di depan kamera," katanya. 


Sumber: Utusan Online

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo