Slider

Penduduk Aceh halau 114 pelarian Rohingya yang 'besar kepala'

Penduduk Desa Alue Buya Pasie menghalau 114 pelarian Rohingya yang tidak bersyukur dengan bantuan dan perlindungan yang diberi.



Seramai 114 pelarian Rohingya yang terdampar di Alue Buya Pasie, Aceh, Indonesia, dihalau penduduk setempat kerana tidak dapat menerima teguran selepas didapatimahu melarikan dari dari pusat perlindungan sementara. 


Ketua Desa Alue Buya Pasie, Muslem membenarkan penduduknya bertindak menghalau pelarian Rohingya yang tidak mahu dibantu dan dipercayai ada segelintir daripada mereka cuba melakukan provokasi. 


"Pada awalnya penduduk menangkap tiga pelarian Rohingya yang dikesan mahu melarikan diri, lalu ditegur. Tetapi teguran itu tidak diterima," kata Muslem. 


Menurut Muslem, selama ini penduduk setempat tidak pernah mempunyai masalah dengan pelarian tersebut, malah mereka selalu memberi bantuan makanan kepada pelarian Rohingya. 


Malangnya, sikap pelarian Rohingya itu tidak terkawal dan selalu cuba melarikan diri dari pusat perlindungan walaupun telah dinasihatkan beberapa kali agar tidak berbuat demikian. 


"Kita bagi mereka tempat, makanan dan bantuan, tetapi ini yang mereka balas. Jadi, penduduk terpaksa menghalau mereka disebabkan masalah yang mereka timbulkan," ujar Muslem. 


Difahamkan, 114 pelarian Rohingya berkenaan telah dipindahkan ke tempat lain dengan bantuan pihak berkuasa Indonesia. 


114 pelarian Rohingya itu dilaporkan terdampar di Desa Alue Buya pada 6 Mac lalu. Mereka terdampar di pantai tanpa pengetahuan pihak berkuasa dan penduduk setempat. 


Sumber: CNN Indonesia

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo