Slider

Pengantin sediakan hantaran RM15K dalam bentuk jambangan bunga duit buat netizen tak senang duduk lalu 'membawang' seharian

Pengantin sediakan hantaran kahwin RM15,000 dalam bentuk jambangan bunga duit buat undang pelbagai reaksi netizen


"Ya Allah, jauhkanlah aku dan seluruh anak-anak serta keturunan ku dari bersifat ciri-ciri riak untuk sesama umatMu," demikian antara reaksi netizen selepas menonton video tular 'Hantaran RM15,000'. 


Video yang tular di media sosial itu menunjukkan pengantin lelaki membawa keluar jambangan bunga wang kertas RM15,000 dari belakang kereta lalu dibawa ke tempat akad nikah dilangsungkan. 


"Bila Imam tanya mana duit hantaran RM15,000 awak? Saya cakap, 'Susah nak bawak"..." 


Sementara itu, netizen berpendapat perbuatan seperti itu boleh menimbulkan pelbagai persepsi negatif terhadap pasangan itu sendiri yang juga dikhuatiri akan menimbulkan fitnah. 


"Berhati-hatilah kita pada zaman sekarang. Jangan sampai timbul di hati rasa takjub dan riak tanpa sedar pada diri sendiri. Nauzibillahminzalik," kata Farhan. 


"Bukan nilai RM15,000 itu yang dipandang, tetapi sejauhmana rumah tangga itu bertahan 15 tahun kemudian. Duit boleh dicari tetapi pasangan sukar diganti sama tapi tak serupa," kata Roszan. 


"Jangan buat macam tu, nanti orang ingat isteri awak mata duitan. Hati-hati, duit tu simpan elok-elok," kata Azie Bunga Tanjung. 


"Zaman viral semua perkara yang nak dibuat, mesti fikir nak tarik perhatian netizen. Lantaklah orang nak cakap riak ke, nak menunjuk-nunjuk ke, nak ambil perhatian ke, janji untuk kenangan dan kepuasan hati. Nak bergaduh pun boleh rakam dulu, inikan pula saat bahagia. Dunia oh dunia," kata Roslee.


Walaupun begitu, adalah hak pasangan itu sendiri untuk menentukan bagaimana hantarannya hendak disediakan kerana hari menjadi raja sehari itu hanya sekali seumur hidup dan semestinya mereka mahu melakukan sesuatu yang berlainan dari kebiasaan untuk dijadikan kenangan. 


Tonton video di SINI


Apa pandangan anda? Kongsi pandangan anda di Facebook atau Instagram kami. 


Sumber: Facebook TikTok Viral Gadis Manis

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo