Slider

Pesakit Covid larikan motosikal staff hospital, maut dalam kemalangan

Padah larikan motosikal staff hospital, pesakit Covid-19 maut dalam kemalangan.

Foto Harian Metro


Seorang lelaki berusia 66 tahun maut dalam kemalangan selepas melarikan sebuah motosikal kakitangan hospital dalam kejadian jam 8 pagi di Kilometer 28 Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang, hari ini. 


Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, mangsa yang juga merupakan pesakit Covid dikuarantin di Hospital Hulu Terengganu sejak 10 Mac lalu. 


Lelaki itu kemudian melarikan motosikal jenis Honda C100 milik kakitangan hospital yang diletakkan di parkir surau pada jam 6.30 pagi lalu memecut menghala ke Wakaf Tapai, Marang. 


Bagaimanapun setiba di persimpangan Bukit Perpat, mangsa yang menunggang motosikal secara melawan arus tiba-tiba terbabas lalu melanggar pembahagi jalan di susur keluar berkenaan dan terjatuh di atas pembahagi jalan berumput.


Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 91) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 


Sumber: Sinar Harian

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo