Slider

Positif dadah methamphetamine, Zarina Anjoulie didenda RM4,000

Foto Anju (Instastory)


Mahkamah Majistret Seremban semalam menjatuhkan hukuman denda RM4,000 terhadap selebriti Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul yang mengaku bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan, Jun 2021. 


Majisret Mohd Firdaus Saleh menjatuhkan hukuman itu terhadap Zarina Anjoulie atau lebih dikenali sebagai Anju, 34, selepas membuat pengakuan bersalah. 


Majistret turut memerintah tertuduh dipenjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut. Selain itu, Anju diarahkan menjalani pengawasan polis selama dua tahun. 


Anju bagaimanapun memilih untuk membayar denda tersebut, semalam. 


13 September 2021, Anju didakwa di mahkamah yang sama atas pertuduhan menggunakan dadah jenis methamphetamine dan keputusan ujian saringan air kencingnya juga didapati positif pada Jun 2021. 


Selebriti berkenaan didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun dan denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo