Slider

Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky terselamat dari tiga percubaan membunuhnya, hasil sabotaj dari 'double agent' Rusia

Presiden Ukraine hampir mati dibunuh tentera upahan, namun terselamat selepas ejen Rusia dedahkan perancangan Vladimir Putin


Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky dilaporkan terselamat dari tiga percubaan membunuhnya pada minggu lalu. 


Tentera upahan dari kumpulan Wagner yang disokong Kremlin dan pasukan khas Chechen, dihantar untuk membunuh presiden Ukraine itu sejak Rusia mula mengarahkan tenteranya mara ke Ukraine. 


Bagaimanapun, misi pembunuh itu digagalkan oleh anggota anti-perang subversif dalam Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB) Rusia - pengganti KGB Rusia, yang memaklumkan kepada pegawai Ukraine, lapor The Times. 


Setiausaha Keselamatan Negara dan Pertahanan Ukraine mengesahkan tiga percubaan pembunuhan itu dan memberitahu media tempatan bahawa dia telah menerima maklumat daripada ejen yang enggan terlibat dalam peperangan itu. 


Salah satu kumpulan yang dilaporkan cuba membunuh Zelensky, 44, ialah Kumpulan Wagner menyusup masuk ke Ukraine dengan senarai 24 individu. Jika percubaan itu berjaya. Presiden Rusia, Vladimir Putin mungkin dapat menafikan penglibatannya dalam perkara itu. 




Beberapa hari lalu, sepasukan tentera yang sangat terlatih dikatakan sedang menunggu lampu hijau dari Kremlin untuk melakukan misi sulit termasuk membunuh Presiden Ukraine, seluruh ahli Kabinet, dan Datuk Bandar Kyiv. 


Namun, rancangan itu telah disabotaj  dan Kyiv mengisytiharkan perintah berkurung selama 36 jam dan mengarahkan semua rakyat duduk di rumah supaya tentera dapat menghapuskan anasir-anasir dari luar. 


Rakyat diberi amaran bahawa mereka akan dikenakan tindakan sekiranya dikesan berada di luar rumah sewaktu perintah berkurung kerana mereka mungkin dianggap sebagai musuh. 


Satu sumber yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti Kumpulan Wagner memberitahu The Times bahawa antara 2,000 hingga 4,000 tentera upahan sebenarnya telah tiba di Ukraine pada Januari lalu dengan misi yang berbeza. 


Kumpulan itu dikatakan menjejak Zleensky dan rakan-rakannya melalui telefon bimbit - mendakwa mengetahui di masa keberadaan mereka pada setiap masa. 


Pasukan serangan Chechen juga cuba membunuh Zelensky pada 1 Mac selepas Setiausaha Keselamatan Negara dan Pertahanan memaklumkan dua skuad mereka telah maut. 


Pasukan Chechen adalah sebahagian daripada Pengawal Kebangsaan Rusia dan terkenal kerana menggunakan taktik kejam. 





Berita mengenai rancangan pembunuhan itu tidak mengganggu-gugat Zelensky yang mengakui dia adalah sasaran nombor satu, semasa berucap kepada negara dan memaklumkan pasukan khas Rusia sedang memburunya. 


Apabila Amerika Syarikat menawarkan diri untuk membawanya keluar,Zelesky memberitahu Presiden Biden, "Saya perlukan peluru, bukan pengangkutan (untuk keluar dari Ukraine)". 


Menurut sumber lagi, dua skuad terbabit telah diberi taklimat mengenai rancangan Putin ke atas Ukraine pada Disember, sebelum dimaklumkan kepada tentera Rusia. Tentera dan jeneral yang menentang rancangan itu telah dihukum bunuh. 


Sumber: Daily Mail

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo