Slider

Rakyat tak ada slip gaji dah boleh mohon pinjaman perumahan melalui SJKP - PM


Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, golongan rakyat yang tidak mempunyai slip gaji kini boleh membuat pinjman untuk membeli rumah. 


Impian membeli rumah sendiri dapat direalisasikan dengan penubuhan anak syarikat Kementerian Kewangan iaitu Skim Jaminan Kredit Berhad (SJKP) akan membantu rakyat membuat pinjaman yang dijamin kerajaan sendiri. 


Usaha itu katanya, selari dengan pengumuman yang dilakukan semasa Belanjawan 2022 tahun lalu di mana sebanyak RM2 bilion telah diperuntukkan kepada SJKP. 


"Sepert saya sebutkan tadi, pinjaman merupakan isu. Salah satu syaratnya adalah slip gaji dan sebagainya. Ramai yang bekerja sendiri tidak mempunyai slip gaji. Jadi dengan SJKP ini, yang tidak mempunyai slip gaji pun boleh pohon pinjaman, kerana iaa kan dijamin kerajaan. 


"Ini adalah usaha yang dilakukan kerajaan bagi memastikan kumpulan yang tidak mempunyai jawatan tetap dan sebagainya, boleh memiliki kediaman sendiri," katanya. 


SKJP ditubuhkan ntuk memberi sokongan kepada mereka yang tidak mempunyai dokumentasi seperti slip gaji dan penyata KWSP. Melalui program SJKP, ia dijangka dapat meningkatkan kadar kelulusan pembiayaan pinjaman perumahan di kalangan anak muda yang terlibat dalam sistem ekonomi gig dan bakal peminjal akan memperolehi pembiayaan lebih tinggi sehingga 100 peratus. 


Sumber: Astro Awani

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo