Slider

'Ramai cakap muka saya iras Tangmo' - Rossa Sera

Rossa Sera dakwa ramai yang kata wajahnya seiras Tangmo Nida yang mati lemas di Sungai Chao Phraya, Thailand



Empat hari lalu, isteri kepada pelawak Shuk Sahar, Rossa Sera atau nama sebenar Rossalennah Natassyiah Asshaferah, memuat naik video di TikTok yang memaklumkan ada orang memberitahu wajahnya seiras dengan selebriti Tangmo, yang mati lemas di Sungai Chao Phraya baru-baru ini. 


"Ramai cakap muka saya ada iras-iras Tangmo," tulisnya dalam video tersebut. 


Bagaimanapun netizen berpendapat wajahnya tiada langsung menyamai mendiang Tangmo, tetapi tidak menafikan wajah Rossa sebenarnya iras wajah suaminya sendiri. 


@rossa.sera yeke? 📸 @inayahbeauty #fyp ♬ bunyi asal - Cikputerimisha😍 GSTT😘 - Puanputerimisha😍 GSTT😘


"Ini bukan Tangmo kak, ini Tang Mano," seloroh Supergift For You. 


"Tang mana irasnya. Pleaselah jangan memalukan diri sendiri," kata Mell Ieytha. 


"Maaf ya, tak ada langsung macam Tangmo. Kalau Nasha Aziz sungguh macam Tangmo sebijik," kata Ida Basir. 


Dalam ramai-ramai yang komen, ada netizen berkata, Rossa hanya sekadar bergurau sahaja dan memuat naik video itu untuk menghiburkan pengikutnya.


"Ala korang ni janganlah serius sangat. Orang tu nak bergurau-gurau buat content. Ok, done follow," kata Jieka. 


Sumber: TikTok Rossa Sera

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo