Slider

'RM800 je beli komputer, apa masalah kau?' - Pensyarah bengang pelajar sertai kelas online guna handphone

Foto dari Video Viral


Gara-gara tidak mempunyai komputer riba, seorang pelajar diherdik oleh pensyarah wanita di hadapan pelajar lain semasa kelas secara online sedang berlangsung. 


Pensyarah berkenaan terdahulu bertanya kepada pelajarnya apakah dia menggunakan telefon bimbit untuk menyertai kelas tersebut dan mempersoalkan di mana komputer ribanya. 


Selepas mendengar jawapan pelajar terbabit yang mengatakan dirinya tidak memiliki komputer, pensyarah itu terus menyoal beberapa soalan lain yang dianggap tidak wajar dipersoalkan kerana ia mengaibkan pelajarnya. 


"Kau pakai apa? Kau pakai phone eh? Mana kau punya komputer? Engkau tinggal kat mana? Kau tinggal kat mana? Bapak kau kerja apa? Mak kau kerja apa? Kau tak ada adik beradik?" soalnya. 


Pelajar yang tidak diketahui identitinya itu kemudian menjawab dia berasal dari Seremban, bapanya tidak bekerja, ibunya sudah tiada. 


Bagaikan tidak memahami kesukaran hidup pelajar itu, pensyarah berkenaan meminta dia menyampaikan pesanan kepada kakaknya untuk menjual barang kemas dan wang tersebut boleh digunakan untuk membeli sebuah komputer riba. 


"Kau cakap dengan kakak kau, kalau dia ada gelang emas, pergi jual gelang emas dan beli komputer. Pasal tu kau tak boleh belajar dengan baik sebab kau tak ada komputer. 


"Selepas ini aku akan ajar kau excel, pasal itu kau akan menjadi drop out student. Semester lima kau tak ada komputer, aku sanggup tak ada pakaian, aku ada lima helai pakaian, the most important is the computer. Computer is very very important for me. 


"Hanya RM800 saja beli komputer. Apa masalah kau? Pasal itu aku tak boleh duduk dengan orang B40, dia lebih memikirkan tentang hal lain berbanding pelajaran. Kau tutup kamera kau tu. Aku tak nak tengok lagi dah," tegasnya.


@ahmadkashfy

Alhamdulillah lecturers saya prihatin 🥹.

♬ original sound - Kashfy 🧣


Tidak diketahui apa yang berlaku selepas itu tetapi di media sosial, netizen menyelar kenyataan wanita berkenaan yang dikatakan bertugas di sebuah universiti awam. 


"Saya guru juga. Tetapi apa yang pensyarah ini lakukan sangat tidak sensitif. Saya pernah bertanya kepada pelajar sama ada mereka menyertai kelas online saya menggunakan telefon atau laptop tetapi itu tidak penting, asalkan mereka hadir," kata Richochets. 


"Viralkan video ini, biar prof itu kena sekolah. Dia ingat semua orang ada duit ke nak beli komputer," kata Paul. 


"Sedih weh bila dia cakap dia tak boleh duduk dengan golongan B40. Dia ingat kita nak sangat ke hidup susah?" kata Shin. 


"Sedih beb, sepatutnya sebagai lecturer, cakaplah baik-baik. Kawan-kawan lain dengar, jatuh air muka dia," katanya.

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo