Slider

'Saya pun terkejut!' - Khairy terkejut, banyak kereta parking di tepi jalan luar Hospital Serdang


Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengakui dia terkejut apabila melihat banyak kereta terpaksa diletakkan di tepi jalan di sekitar kawasan Hosital Serdang, ketika hadir untuk melancarkan Hari Pendengaran Sedunia 2020 Peringkat Kebangsaan, pada Khamis lalu. 


"Saya pun terkejut, banyak kereta terpaksa diletakkan di tepi jalan di Serdang ini," katanya. 


Khairy memaklumkan pihaknya banyak menerima aduan masalah berkenaan di tempat letak kereta beberapa buah hospital semenjak dilantik menjadi Menteri Kesihatan. 


"Memang tempat letak kereta menjadi isu yang bsar semenjak saya dilantik menjadi Menteri Kesihatan. Saya terima banyak aduan tentang tempat letak kereta untuk hospital-hospital," katanya. 


Bagi menyelesaikan masalah itu, Khairy akan mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak berkenaan sebelum mencari jalan penyelesaian. Sebelum ini katanya pernah ada cadangan membina banguan tempat letak kereta bertingkat, tetapi tidak jadi. 


"Dulu ada cadangan buat tempat letak kereta bertingkat, tetapi tidak diteruskan contohnya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan sebagainya. Jadi kita bincang balik perkara itu," katanya yang juga memberi jaminan akan menyelesaikan masalah itu. 


Sumber: Malaysia Gazette

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo